Peranan


Keselamatan dan pertahanan sasaran penting dalam kawasan tanggungjawab, jika ada. Perpindahan serta perlindungan penduduk awam ke kawasan penempatan yang selamat Tugas geraksaraf khasnya dari segi mengawasi pihak-pihak yang dianggap sebagai musuh dalam selimut di dalam kawasan tanggungjawab. 

Tugas pencegahan jenayah bagi kawasan tanggungjawab sehingga diambil alih oleh pihak polis. 

Tenaga anggota RELA juga boleh digembeling bagi berbagai tujuan mengikut kemahiran masing-masing. Di antara kemahiran anggota yang telah dikenalpasti:-Pertukangan dan binaan Juruteknik Pemandu (berat dan ringan) 

Kemahiran mengguna senjatapi Pasukan RELA dengan hampir sebahagian besarnya anggota berumur di bawah 40 tahun adalah ‘ready material’ untuk kerahan oleh Negara. Walaupun pasukan RELA diwujudkan sebagai sebuah jentera keselamatan bagi tujuan membantu Negara menghadapi keadaan-keadaan darurat, namun diwaktu aman, pasukan ini mempunyai peranan yang telah menjurus kepada :Bidang keselamatan Bidang pembangunan masyarakat (Projek BAKTI RELA). 

Tugas-tugas semasa aman dalam bidang keselamatan merangkumi konsep Mata Dan Telinga Kerajaan yang berfungsi seperti : Mengumpul dan menyampaikan maklumat-maklumat penting kepada agensi-agensi kerajaan berkaitan seperti PDRM, Kastam, UPP, Imigresen mengenai sebarang ancaman yang boleh menggugat keselamatan setempat. 

Menjalankan rondaan pencegahan jenayah sebagai langkah memelihara dan mengekalkan keselamatan dan keamanan kawasan masing-masing Apabila timbul keperluan, membuat tangkapan (citizen arrest) ke atas anasir-anasir jahat untuk diserahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Anggota RELA diberi kuasa : 
-Apabila dibenarkan oleh pihak berkuasa yang layak membawa senjata termasuk senjatapi dan menggunakannya bagi melaksanakan kewajipan-kewajipan. 


“ Tanpa mengurangkan kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, menangkap tanpa waran seseorang pengganas atau seseorang yang tidak diingini atau mana-mana orang yang ia ada sebab yang munasabah bagi mempercayai sebagai seorang tidak diingini dan membawa dengan serta merta pengganas atau kepada pegawai polis yang hampir atau seseorang anggota pasukan keselamatan.” 

Peranan RELA Dalam Bidang Pembangunan Sosial Meningkatkan penglibatan dalam kerja-kerja kemasyarakatan setempat khasnya dalam bidang-bidang yang akan menghasilkan kesan geraksaraf yang tinggi. Bidang-bidang yang dipilih adalah : 
Pemulihan dan Pembinaan rumah orang daif tujuan membantu Kerajaan mengurangkan masalah kemiskinan. 

Gerakan menderma darah secara besar-besaran bertujuan membantu program kesihatan.Membantu agensi-agensi tertentu menyediakan kemudahan-kemudahan asas (projek kecil) di luar bandar. 

Gerakan membasmi musuh-musuh tanaman di luar bandar.RELA juga mempunyai peranan dalam membantu menghadapi bencana alam seperti banjir, kebakaran, ribut dan lain-lain. 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Coupons