IKATAN RELAWAN RAKYAT (RELA)


Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) ditubuhkan pada 11 Januari 1972 dengan berkuatkuasanya Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 – Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005. Penubuhan RELA membolehkan rakyat jelata untuk secara sukarela tampil menganggotai sebuah pasukan sukarela bagi membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan dan keamanan negara.

Di bawah Seksyen 2, Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964, Yang Di Pertuan Agong telah perkenan meluluskan pindaan Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005 yang berkuatkuasa mulai 01 Februari 2005. Peraturan ini telah memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada Pegawai RELA di dalam menangani PATI.

Peranan dan Fungsi RELA
Melaksanakan operasi menangkap PATI
Memelihara keselamatan dan keamanan setempat (tugas rondaan mencegah jenayah)
Menjalankan aktiviti-aktiviti 'Geraksaraf dan Perangsaraf'
Bertindak sebagai 'Mata dan Telinga' Kerajaan
Menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat
membantu agensi--agensi penguatkuasa lain seperti PDRM, JIM, KPDN & HEP, JPJ dan PBT

Orang ramai yang mempunyai keraguan tentang tatacara pengendalian sesuatu operasi RELA boleh merujuk kepada mana-mana pejabat RELA yang berhampiran atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat RELA melalui telefon 03-88863354 untuk mendapatkan maklumat lanjut SOP.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Coupons