Syarat2

Warganegara Malaysia. 

-Umur 16 tahun ke atas bagi kaum wanita dan 17 tahun ke atas bagi kaum lelaki. 

- Sihat tubuh badan. Kecuali- Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi. - Ahli-ahli Jemaah Menteri dan ahli-ahli mana-mana Majlis Parlimen. 

- Ahli-ahli bagi mana-mana Majlis Mesyuarat Kerajaan atau mana-mana Dewan Undangan sebagaimana ditakrif dalam Perlembagaan. 

- Wakil-wakil Diplomat atau Konsul yang bertauliah dan pekerja-pekerja diplomat dan konsul yang tidak berdomisil di Malaysia. 

- Orang-orang yang bekerja dalam Perkhidmatan Kerajaan mana-mana anggota Komanwel lain daripada Malaysia dan yang ada di Malaysia semata-mata oleh sebab mereka bekerja alam perkhidmatan itu. 

- Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Persekutuan. 

- Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Pasukan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia.- Pasukan Pertahanan Tempatan, Pasukan Sukarela Tentera Udara DiRaja Malaysia. - Anggota-anggota Pasukan Polis. 

- Orang-orang sakit otak dalam pengertian mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia. 

- Orang-orang yang diperakui sebagai buta oleh pengamal perubatan berdaftar. 

- Ahli-ahli Pasukan Bomba yang disenggara di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia. - Mana-mana orang lain atau mana-mana golongan orang lain yang dikecualikan daripada peraturan-peraturan ini dengan perintah Menteri. 

Khidmat Masyarakat Peranan Pertahanan kawasan mengikut konsep mengikut konsep yang digunapakai oleh pasukan Home Guard, iaitu memelihara keselamatan dan keamanan setempat sehingga diambil alih oleh pasukan keselamatan. 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Coupons